Skip to content
Notice: As important MCO safety measures continue, a few weeks delays in delivery should be expected *Under beta launch
Notice: Delays in delivery should be expected due to MCO safety measures *Beta launch

Privacy Policy

EN | BM

Kami di Nitori Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat NITORI, peka bahawa ianya adalah satu tanggungjawab sosial bagi kami untuk melindung data peribadi para pelanggan kami dan pihak-pihak berkaitan yang lain yang kami perolehi serta mematuhi perkara-perkara yang dinyatakan di bawah Dasar Perlindungan Data Peribadi (disebut sebagai "Dasar Privasi ini").

Tujuan kami menggubal Dasar Privasi ini adalah untuk menjelaskan kepada anda bagaimana pihak kami mengumpul, memegang, menyimpan, menggunakan, berkongsi, memproses dan melindungi data peribadi anda. Dasar Privasi ini juga memberi gambaran bagaimana anda dapat mengakses dan mengemaskini data peribadi anda serta menetapkan pilihan tertentu tentang bagaimana data peribadi anda digunakan. Sila baca Dasar Privasi ini sebelum meneruskan akses dan/atau menggunakan Laman Web (Website) dan sebelum anda membekalkan sebarang maklumat peribadi kepada kami untuk mengetahui maklumat yang kami kumpulkan daripada anda, bagaimana kami kumpulkan maklumat ini, dan apa yang kami lakukan dengannya.

Kami akan sentiasa berusaha untuk terus meningkatkan mutu penjagaan dan pengendalian data peribadi anda dari semasa ke semasa.

Dengan mengakses dan/atau menggunakan atau terus mengakses dan/atau menggunakan Laman Web dan/atau laman web, perkhidmatan dan alat yang berkaitan atau dengan membekalkan maklumat peribadi kepada kami atau menggunakan perkhidmatan kami, anda dengan ini, secara tanpa syarat and sukarela, menerima amalan yang diperihalkan dalam Dasar Privasi ini, dan memberi persetujuan kepada kami untuk memproses data peribadi anda berdasarkan Dasar Privasi ini. Penerimaan and persetujuan yang diberikan di sini akan tetap sah selagi anda mengakses dan/atau menggunakan Laman Web dan/atau memberikan maklumat peribadi kepada kami dan/atau menggunakan perkhidmatan kami. Jangan mengakses dan menggunakan dan sila berhenti mengakses dan menggunakan Laman Web jika anda tidak bersetuju dengan Dasar Privasi ini atau tidak bersetuju dengan kami untuk memproses data peribadi anda.

Presiden
Toshiyuki Shirai

1 Dasar Perlindungan Data Peribadi
2. Kegunaan Bersama Syarikat-syarikat di bawah Kumpulan Syarikat NITORI
3. Bahagian Pertanyaan Data Peribadi

  1. Dasar Perlindungan Data Peribadi

Pematuhan Undang-undang, Peraturan dan Garis Panduan

Kami berikrar untuk mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 bagi tujuan perlindungan data peribadi di Malaysia (selanjutnya dirujuk sebagai “Akta”) dan arahan-arahan berkaitan daripada Kementerian yang bertanggungjawab dengan perlindungan data peribadi (selanjutnya dikenali sebagai “Kementerian”) berkenaan pengumpulan, pemegangan, penyimpanan, perkongsian, pemprosesan dan penggunaan data peribadi anda dan hal-hal lain yang berkaitan sepertimana yang didefinisikan dalam Akta.

Data peribadi” dan istilah lain yang diberi maksud di bawah Akta apabila digunakan di Dasar Privasi ini mempunyai maksud yang sama seperti di bawak Akta.

Pengumpulan Data Peribadi

Data peribadi ialah maklumat yang boleh digunakan untuk mengenalpasti identiti anda sama ada dengan sendirinya atau dengan data lain yang kami kumpul atau mempunyai akses ke atasnya. Dalam keadaan data peribadi dan maklumat lain digabungkan (sebagai contoh, data peribadi melalui akaun log masuk atau maklumat demografik), maklumat berkenaan dikategorikan sebagai data peribadi.

Dasar Privasi ini terpakai kepada semua data peribadi yang kami kumpul. Kami mungkin mengumpul data peribadi berikut:

  • Maklumat perhubungan peribadi (nama, alamat rumah kediaman atau alamat surat-menyurat, nombor telefon ataupun e-mel);
  • Maklumat log masuk;
  • Maklumat demografik (tarikh lahir, umur, dll.);
  • Maklumat teknikal berkomputer (alamat IP, jenis sistem operasi computer, jenis pelayar web);
  • Maklumat yang diisi oleh pelanggan, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang anda isi dan kongsikan kepada kami atau mana-mana pihak yang lain termasuk laman media sosial kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada Facebook atau Twitter;
  • Maklumat media sosial, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang menjadi sebahagian daripada profil anda pada laman media sosial pihak ketiga (seperti tetapi tidak terhad kepada Facebook) yang mana anda membenarkan media sosial berkenaan untuk berkongsi maklumat dengan kami; dan
  • Maklumat pembayaran, termasuk tetapi tidak terhad kepada butiran kad kredit, nama dan alamat pada bil.

Kami dan/atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami boleh mengumpulkan maklumat peribadi anda:

  • terus daripada anda;
  • semasa anda mendaftar sebagai ahli di Laman Web;
  • di mana anda mengakses dan berinteraksi dengan Laman Web;
  • semasa anda berkomunikasi dengan khidmat pelanggan, khidmat penghantaran dan penydia perkhidmatan lain kami;
  • semasa anda membuat pesanan; dan / atau
  • semasa anda melanggan surat berita kami

Semasa anda memaparkan Kandugan (Content) atau Ulasan (Review) pada Laman Web, anda mengaku bahawa Kandunan dan Ulasan akan menjadi tersedia ada pada domain awam dan kami tidak dapat mengawal bagaimana Kandungan atau Ulasan akan digunakan atau diproses oleh orang ramai, dan kami tidak akan bertanggungjawab dan bertanggungan terhadap pemprosesan Kandungan atau Ulasan tersebut oleh mana-mana orang.

Tujuan Penggunaan Data Peribadi

Anda mengakui dan menyetujui bahawa dengan memberikan maklumat peribadi anda kepada kami, kami mungkin menggunakan, mendedahkan and memproses maklumat peribadi anda untuk tujuan di mana data dikumpulkan dan/atau untuk tujuan yang berkaitan, seperti termasuk tanpa had:

  • untuk semua perkara yang berkaitan dengan kontrak yang dimeterai atau yang akan dimeterai antara anda dan kami dan/atau untuk memberikan perkhidmantan kami kepada anda; pelaksanaan kontrak untuk produk kami, pengurusan setelah tempoh kontrak, dan perkhidmatan purna jual;
  • untuk pendaftaran atau penarikan diri dari keahlian NITORI;
  • untuk memproses permintaan dan pesanan anda dan memberikan perkhidmatan pelanggan kepada anda dan maklumat yang ditawarkan melalui laman web kami dan yang mungkin anda minta;
  • untuk memproses komunikasi mengenai pengeluaran atau kerosakan produk;
  • untuk menghantar produk yang anda membeli dari Laman Web kami dan untuk memberitahu anda mengenai status penghantaran dan untuk tujuan sokongan pelanggan;
  • untuk memperibadikan pengalaman membeli-belah dalam talian anda. Maklumat mengenai pilihan produk anda membantu kami untuk memenuhi keperluan individu anda dengan lebih baik;
  • untuk menghantar e-mel dan surat berita berkala dengan maklumat dan kemas kini yang berkaitan dengan pesanan anda, selain berita syarikat, kemas kini, maklumat produk atau perkhidmatan yang berkaitan sekali-sekala, dan lain-lain; untuk menghantar maklumat kepada anda mengenai pelancaran produk, pengumuman produk, perkhidmatan, kempen;
  • kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami untuk membantu kami dalam menyediakan dan menambahbaikkan perkhidmatan kami kepada anda, dan untuk menganalisis dan memahami keperluan pelanggan kami dengan lebih baik atau untuk mengembangkan, menambahbaik dan memasarkan produk dan perkhidmatan kami kepada anda;
  • untuk tujuan pengembangan produk, soal selidik, tinjauan dan lain-lain;
  • untuk menjalin hubungan untuk perniagaan atau mesyuarat lain;
  • untuk memantau kepatuhan anda terhadap kontrak yang dimeterai antara anda dan kami dan dasar, prosedur, peraturan dan undang-undang kami;
  • untuk menguatkuasakan hak dan remedi kami terhadap anda dan/ atau pihak ketiga;
  • untuk pelaporan peraturan, pemantauan pematuhan dan mematuhi keperluan undang-undang;
  • kepada pelbagai badan pengawalseliaan dan pegawai penguatkuasa undang-undang dan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk melindungi daripada frod dan untuk tujuan keselamatan yang berkaitan;
  • kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga antarabangsa kami untuk memasukkan dalam pangkalan data yang dikumpulkan oleh kami atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami untuk digunakan dalam pengurusan pesanan dan penghantaran, pemasaran promosi, produk dan perkhidmatan secara langsung yang kami rasa mungkin menarik minat anda;
  • untuk mendapatkan maklum balas anda yang berkaitan dengan kepuasan pelanggan dan hubungan kami dengan anda. Kami terus berusaha untuk menambahbaikkan kualiti dan standard perkhidmatan yang diberikan kepada anda oleh Laman Web berdasarkan maklumat dan maklum balas yang kami terima dari anda;
  • untuk mengesahkan dan melakukan transaksi kewangan berhubung dengan pembayaran yang mungkin anda melakukan dalam talian .;
  • untuk tujuan penyimpanan rekod dalam urusan biasa perniagaan kami; dan
  • untuk tujuan sampingan, yang berkaitan dengan atau berkaitan dengan perkara di atas, atau aktiviti, urus niaga atau transaksi di Laman Web.

Perubahan Tujuan Penggunaan

Kami boleh mengubah tujuan penggunaan sepertimana yang dijelaskan di atas dalam kadar keperluan yang munasabah dan relevan kepada tujuan penggunaan yang asal. Dalam situasi sedemikian, kami akan memaklumkan para pelanggan kami terlebih dahulu serta mendapatkan kebenaran setiap individu pelanggan kami berkenaan perubahan tujuan penggunaan di Laman Web kami atau platform lain atau melalui e-mel dan sistem pesanan ringkas (SMS).

Skop Penggunaan

Kami hanya akan mengendalikan data peribadi dalam skop yang diperlukan sahaja untuk mencapai tujuan penggunaan. Dalam keperluan di luar daripada kebiasaan tersebut, kami akan mendapatkan kebenaran individu terlebih dahulu, melainkan dalam situasi-situasi berikut:

  • pencegahan atau pengesanan jenayah ataupun bagi tujuan penyiasatan;
  • penangkapan atau pendakwaan terhadap pesalah undang-undang;
  • penilaian atau taksiran cukai ataupun apa-apa bayaran lain yang serupa;
  • lain-lain panduan atau arahan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian dan diwartakan untuk Akta;
  • untuk mematuhi keperluan undang-undang yang terpakai atau dikenakan pada kami;
  • untuk melindungi kepentingan mustahak anda;
  • untuk pentadbiran keadilan; atau
  • untuk menjalankan fungsi yang diberikan kepada mana-mana orang oleh atau di bawah undang-undang.

Perolehan dengan Cara yang Betul

Kami akan mengumpulkan data peribadi berlandaskan Standard Perlindungan Data Peribadi 2015 yang dikeluarkan di bawah Akta tersebut.

Data Peribadi Sensitif

Jika kami perlu memproses data peribadi sensitif bagi tujuan penggunaan yang dinyatakan, kami akan mendapatkan kebenaran awal daripada individu terbabit. Walaubagaimanapun, kami boleh memproses data peribadi sensitif pada keadaan-keadaan berikut tanpa mendapatkan kebenaran asing:

  • Untuk pelaksanaan atau tuntutan hak atau kewajipan di bawah lunas undang-undang terhadap seseorang individu tentang pekerjaan;
  • Untuk melindungi kepentingan seseorang individu atau orang lain, di mana kebenaran tidak dapat diberikan oleh individu terbabit atau wakilnya ataupun adalah mustahil bagi kami untuk mendapatkan kebenaran dengan cara yang biasa dan munasabah;
  • Untuk melindungi kepentingan seseorang individu atau orang lain, di mana kebenaran oleh individu terbabit atau wakilnya tidak diberikan dengan sengaja;
  • Untuk tujuan perubatan – di bawah jagaan seorang profesional dalam bidang penjagaan kesihatan atau seseorang yang mempunyai tanggungjawab kerahsiaan yang sama dengan profesional dalam bidang penjagaan kesihatan;
  • Untuk sebarang tindakan undang-undang yang berkaitan;
  • Untuk mendapatkan khidmat nasihat guaman;
  • Untuk mewujudkan, menjalankan atau mempertahankan hak di bawah undang-undang;
  • Untuk mentadbir sistem keadilan undang-undang;
  • Untuk menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepada seseorang oleh atau di bawah lunas undang-undang;
  • Lain-lain tujuan yang dirasakan sesuai oleh pihak Kementerian; atau
  • Maklumat yang terdapat dalam data peribadi telah diketahui umum sebagai akibat daripada tindakan seseorang individu dan di bawah situasi ini, kami tidak perlu mendapatkan kebenaran individu tersebut berkaitan data peribadi ini.

Ketepatan Data Peribadi

Kami mengambil langkah yang wajar untuk memastikan bahawa maklumat yang kami simpan mengenai anda tepat, lengkap dan terkini. Untuk membantu kami melakukannya, sila berikan maklumat yang betul dan maklumkan kami sekiranya butiran anda berubah. Anda berhak untuk mengakses dan memperbetulkan maklumat peribadi anda yang kami simpan mengenai anda, jika kami menyimpan maklumat tersebut dengan cara yang mudah diambil. Anda boleh mengakses dan membetulkan maklumat peribadi anda di bawah "Akaun Saya". Sebagai alternatif, anda boleh mengemas kini pada bila-bila masa dengan menghantar e-mel kepada kami di nrm_ec-inquiry@nitori.my.

Penyimpanan Maklumat Peribadi

Kami akan menyimpan maklumat anda selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini atau sebagaimana yang diperlukan untuk memenuhi sebarang keperluan undang-undang, peraturan dan/atau perakaunan.

Kawalan Keselamatan

Kami akan melakukan tindakan yang perlu dan bersesuaian bagi tujuan kawalan keselamatan untuk melindungi data peribadi daripada akses tanpa kebenaran, pemalsuan, kebocoran, kehilangan atau kerosakan data peribadi. Walaupun penjagaan diambil untuk melindungi maklumat peribadi anda di Laman Web, malangnya tidak ada penghantaran data melalui Internet yang dijamin 100% selamat. Oleh itu, kami tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan setiap maklumat yang anda hantarkan kepada kami atau terima daripada kami dalam talian.

Pemantauan Pekerja

Kami akan memastikan pengawasan yang sewajarnya terhadap pekerja kami serta menjalankan latihan dan pendidikan yang diperlukan bagi tujuan kawalan keselamatan data peribadi

Pendedahan Data Peribadi kepada Pihak Ketiga

Kami boleh mendedahkan, berkongsi dan memindahkan data peribadi anda dengan pengguna bersama seperti yang dinyatakan dalam <Kegunaan Bersama Syarikat-syarikat di bawah Kumpulan Syarikat NITORI> (selepas ini disebut sebagai "Pengguna Bersama") dan pihak ketiga yang bertindak bagi pihak kami sebagai ejen kami, kontraktor, penyedia perkhidmatan dan / atau penasihat profesional yang memberikan kami khidmat sokongan pentadbiran dan perniagaan.

Anda dengan ini bersetuju bahawa kami mungkin mendedahkan, berkongsi dan memindahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut untuk tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini:

  • kepada pekerja, agen, sekutu dan syarikat bersekutu kami;
  • kepada mana-mana orang yang kami berkewajipan untuk membuat pendedahan berdasarkan undang-undang yang terpakai;
  • kepada mana-mana mahkamah dan/atau pegawai mahkamah;
  • kepada juruaudit-juruaudit kami, penasihat-penasihat undang-undang, professional-professional pematuhan dan penasihat-penasihat lain;
  • kepada penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran kami;
  • kepada rakan-rakan penghantaran kami; dan
  • kepada pembekal-pembekal perkhidmatan dan penjual-penjual kami.

Kami juga boleh memindahkan, mendedahkan atau berkongsi data peribadi anda dengan penaja bersama dan rakan promosi yang mungkin melibatkan, dalam beberapa kes, pemindahan data peribadi anda ke luar Malaysia seperti yang dinyatakan di bawah.

Pemindahan Data Peribadi ke Luar Negara

Fasiliti dan pelayan simpanan teknologi maklumat kami dan Pengguna Bersama mungkin berada di wilayah lain di luar Malaysia, termasuk tetapi tidak terhad kepada Jepun. Di samping itu, data peribadi anda boleh didedahkan atau dipindahkan ke entiti dan/atau disimpan di mana-mana tempat yang berada di luar Malaysia atau di mana-mana negara tempat anda mengakses laman web kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada Jepun.

Adalah dimaklumkan bahawa entiti asing ini mungkin ditubuhkan di negara-negara yang mungkin tidak menawarkan tahap perlindungan data yang setara dengan undang-undang di Malaysia. Anda dengan ini secara jelas memberi kebenaran kepada kami untuk memindahkan dan menyimpan data peribadi anda ke mana-mana tempat di luar Malaysia. Walau bagaimanapun, kami akan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa semua pihak ketiga di luar Malaysia tidak akan menggunakan data peribadi anda selain daripada tujuan yang diniatkan dan bersesuaian dengan Dasar Privasi ini dan demi melindungi kerahsiaan dan privasi data peribadi anda dengan sepatutnya.

Pengesahan dan Penyimpanan Rekod

Kami akan mengesahkan dan menyimpan rekod dengan tepat dan bersesuaian dengan undang-undang dan garis panduan yang relevan, terutamanya yang dikeluarkan bawah Akta, ketika bertukar maklumat dalam data peribadi anda dengan pihak ketiga.

Penggunaan Kuki

Kuki adalah fail kecil yang diletakkan di dalam memori komputer untuk menangkap dan mengenali maklumat tertentu yang dapat didapatkembalikan oleh pelayan halaman web. Laman Web ini menggunakan kuki untuk menambahbaikkan interaksi dan kemudahan anda dan tidak menggunakan kuki untuk merekod sebarang maklumat peribadi. Kuki membantu kami mengingat dan memproses item dalam troli membeli-belah anda, memahami dan menyimpan pilihan anda untuk lawatan seterusnya dan penjejakian iklan.

Cookies boleh merekod maklumat mengenai lawatan anda, termasuk jenis pelayar Internet dan sistem operasi yang anda menggunakan, laman web sebelumnya yang dilawati anda, alamat IP pelayan anda, halaman yang anda mengakses, dan maklumat yang dimuat turun oleh anda. Walaupun data statistik tanpa nama ini mungkin diagregatkan dan digunakan dalam analisis statistik yang lebih luas oleh NITORI dan penyedia perkhidmatan pemantauan web kami untuk menambahbaikkan perkhidmatan kami, tidak dalam bila-bila masa NITORI dapat mengenal pasti anda secara peribadi sebagai sumber data tersebut.

Pautan Pihak Ketiga

Laman Web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web yang dimiliki atau dikendalikan oleh pihak lain. Laman web pihak ketiga ini mempunyai dasar privasi yang berasingan dan bebas. NITORI tidak bertanggungjawab untuk maklumat mengenai, atau amalan privasi, laman web tersebut.

Memberi Maklumat Peribadi Mengenai Orang Lain

Sebagai pengguna Laman Web ini, anda menyatakan kepada NITORI bahawa sekiranya anda memberikan maklumat peribadi kepada kami mengenai orang lain (contohnya membuat pesanan bagi pihak orang lain), anda berkuasa untuk memberikan maklumat tersebut kepada kami, dan bahawa anda akan memberitahu orang itu siapakah kita, bagaimana kita menggunakan dan mendedahkan maklumat mereka, dan bahawa mereka mempunyai akses kepada maklumat tersebut.

Hak Anda

Kami menawarkan pilihan untuk anda memohon akses, mendedahkan, mengemaskini atau membetulkan data peribadi anda dan menetapkan bagaimana kami berkomunikasi dengan anda. Kami akan memberi maklum balas berkenaan apa-apa bentuk permintaan, pemberitahuan, permohonan akses, pembetulan untuk hal-hal yang berkaitan dengan data peribadi anda yang diperoleh sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta. Sila lihat <Bahagian Pertanyaan Data Peribadi> untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai perkara-perkara yang disebutkan di atas. Penggunaan atau akses anda ke Laman Web dan laman webnya, perkhidmatan dan alatnya mungkin terhad, ditangguhkan atau dihentikan (seperti yang kami anggap sesuai dengan budi bicara kami) jika anda mengenakan batasan kepada kami dalam pemprosesan data peribadi anda atau jika anda menarik balik persetujuan untuk kami memproses data anda.

Walau bagaimanapun, kami berhak untuk menolak permohonan akses atau pengesahan lanjutan sebelum membenarkan akses dengan alasan yang dibenarkan di bawah Akta, sekiranya pemberian akses kepada anda boleh mendatangkan risiko kepada privasi anda, atau keadaan di mana hak orang lain juga boleh diganggu.

Pindaan

Dari semasa ke semasa kami mungkin mengkaji dan menyemak semula Dasar Privasi ini. Kami berhak untuk mengubah Dasar Privasi ini pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan sebelumnya. Versi yang dipinda akan diposkan di Laman Web dan akan berkuatkuasa dari tarikh pengeposan tersebut, kecuali dinyatakan sebaliknya Dengan melanjutkan akses dan/atau penggunaan Laman Web setelah perubahan tersebut dimasukkan, anda akan dianggap telah menerima dan menyetujui perubahan ini.

  1. Kegunaan Bersama Syarikat-syarikat di bawah Kumpulan Syarikat NITORI

Kumpulan NITORI boleh bersama-sama menggunakan data peribadi yang dikendalikan di setiap syarikat di bawah Kumpulan Syarikat NITORI untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pihak yang berkenaan. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku sebarang perubahan dalam lingkungan Pengguna Bersama atau pegawai yang bertanggungjawab untuk mengendalikan Kegunaan Bersama, anda akan dimaklumkan terlebih dahulu atau kami akan menyediakan kemudahan supaya anda dapat mengakses maklumat tersebut dengan mudah. Anda dengan ini memberi kami kebenaran untuk memindahkan dan menyimpan data peribadi anda dengan mana-mana Kumpulan Syarikat NITORI di mana-mana tempat di luar Malaysia.

Item Kegunaan Bersama

Nama, alamat, tarikh lahir, nombor telefon, nombor faks, alamat e-mel, rekod pembelian (pembatalan), rekod penggunaan kad ahli, rekod penggunaan kupon, dan kandungan pertanyaan.

* Tidak termasuk data peribadi sensitif yang diberikan kepada NITORI Facility Co. Ltd. dalam pembelian produk insurans.

Skop Pengguna Bersama

Syarikat di bawah Kumpulan Syarikat NITORI
Nitori Holdings Co., Ltd.
Nitori Co., Ltd.
Nitori Facility Co., Ltd.
Home Logistics Co., Ltd.
Nitori Furniture Co., Ltd.
Nitori Public Co., Ltd.
Home Deco Co., Ltd.

Syarikat Rakan Perniagaan
KATITAS Co., Ltd.
REPRICE Co., Ltd.

Tujuan Kegunaan

  • Penghantaran yang disediakan oleh Kumpulan Nitori
  • Pengambilalihan perkhidmatan selepas jualan
  • Makluman produk baru
  • Penyelidikan pasaran atau analisis data untuk pengembangan produk, dll.
  • Notis mengenai apa-apa aktiviti Kumpulan Nitori atau rakan niaga
  • Notis atau cadangan perkhidmatan untuk syarikat Kumpulan Nitori atau syarikat rakan niaga

Pegawai Bertanggungjawab untuk Kegunaan Bersama

  • Nitori Holdings Co., Ltd., Nitori Co., Ltd., Home Logistics Co., Ltd., Nitori Furniture Co., Ltd., Nitori Facility Co., Home Deco Co., Ltd.:
  • Pejabat Perkhidmatan Pelanggan <Bahagian Pertanyaan Maklumat Peribadi>
  • Nitori Public Co., Ltd.
  • Bahagian Hal Ehwal Am & Perakaunan 011-717-5020

  1. Bahagian Pertanyaan Data Peribadi

Pendapat dan Konsultasi

Sekiranya anda berhasrat untuk mengakses, mendedahkan, mengemaskini atau memperbetulkan atau mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, sila hubungi Bahagian Pertanyaan Maklumat Peribadi sepertimana maklumat berhubung di bawah.

  1. Permohonan

Sila hubungi Bahagian Pertanyaan kami dan akan menyerahkan maklumat yang diperlukan setelah maklumat pengenalan diri dan/atau pengesahan untuk bertindak sebagai wakil/proksi diberikan oleh pemohon/wakil bagi tujuan pengesahan identiti.

  1. Maklum Balas

Kami akan memberikan jawapan secara bertulis kepada individu pemohon atau proksi berkenaan permintaan berkaitan setelah mengesahkan kandungan dokumen yang kami terima.

Kami berhak untuk menolak permohonan akses atau pengesahan lanjutan sebelum membenarkan akses kepada anda dengan alasan yang dibenarkan di bawah Akta, sekiranya pemberian akses kepada anda boleh mendatangkan risiko kepada privasi anda, atau keadaan di mana hak orang lain juga boleh diganggu.

Bahagian Pertanyaan Data Peribadi

Alamat:
NITORI RETAIL (MALAYSIA) SDN. BHD.
B-5-12, Plaza Bukit Jalil, Aurora Place, Persiaran Jalil 1, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Orang yang dihubungi:
Ms. Hannah Tang

No. Telefon
+603 9765 1266

Emel:
Nrm_ec-inquiry@nitori.my